-____-"

salam..heee..
finally..dh abes pun interview MARA...soalan dy senang..tapi cuak terlebey punye pasal..asyik ulang point yang same je..haha..kesian diriku sendiri...memalukan diri kat depan 10 orang candidates dan 3 orang panel..guys, panel die sume pempuan..orang cakap..pempuan ni cerewet sikit.,.xtawu la..muke garang,tegang je..so,bukan salah ana la kalau cuak pun..kn??haha

k fine la..those panels told me..not to tell anybody about the question..should i?ramai yang tolong share soalan MARA ngan ana..so, xkan la ana xleh bantu orang lain..dilema~

overall, rase nk tergelak sangat bile tengok boys berebut-rebut nak cakap..chill la..sorang-sorang..itu pun nak kene ajar ke?adeh..korang nak nampak macam leader..tapi berebut-rebut cam budak2..apedaaa...mase nak buat bridge 2,masing-masing xnak terime idea orang..adeh..pe la korang ni..it's ok kalau nak ketengahkan idea sendiri..tp kene la tolerate ngan orang lain..fine..naseb baik bridge 2 ckup kuat nak support 500g of sardine 2..tp 2 la...messy gile-gile..haha
xpe la..sume tu dh habes..since the interview was held in Ipoh, it takes bout 2 hours utk balik penang...sampai je kat penang, FELDA called me..kene pegi interview kat Zon Hotel,KL..cuak gle..tmbh2 lak cupin cakap FELDA tu corporate leading company..plus kene bawak kalkulator..nk wt mende?edm8?pliz jangan..dah lame tinggal edm8..otak da berkarat..huu~

btw, wish me luck..chuwark lagi..FELDA oo FELDA...

Bantulah aku yaAllah

salam..
esok sy kne pegi temuduga mara..ngn format yg sgt2 berbeza dr taon2 lps,i kinda nervous..
yaAllah..bantulah aku..
lancarkanlah percakapanku..
curahkanlah idea yg relevan..
tingkatkanlah kepekaanku..
lembutkanlah hati interviewer untuk menerima segala kekurangan n kelebihanku yaAllah..
yaAllah...hanya padaMu aku memohon..
amiin ya robbana..

anger

salam..post hari ni lebih kepada luahan hati..ok fine la..sy ni bdk biase..sy sntiase cube nk tlg org..if there are ppl seeking 4 ur attention 2 share some info..would u help them?

pe prsaan korang ble korang cube nk tlg org..nk share2 maklumat..and then,korang kne maki punye teruk..mak ayah kte pn xpena ckp mcm 2..Allah pun marah..then,knpe buat jugak?
be rational n relevant..pna dgr lgu ni?

"kata ibarat pedang,yang tajamnya bisa membunuh lawan..kata2 yang berhikmah,menyedarkan kita..oo kata madah pujangga,bisa menjadi pedoman manusia..jagalah bahasa kata kita..jangan disalah guna...terlajak perahu,masih boleh diundur lagi..terlajak kata,hilang percaya,buruk padahnya.."

berhati-hati stiap kli nk ckp..i'm not tht careful too..tp beringatla..maaf kalau entri ni cm mengarut sk8..walaupun xde yang bce,it's kinda relief ley luahkan perasaan cmni..=)
kalau de salah silap,pliz berterus terang tw..xnk la marah2,ngumpat blkg..dose 1 pasal..bg peluang kt syaitan nk inject jarum je..last but not least, i wanna share this words...ble sy trse,ni la word yg sllu sy gune..so,lw sy ckp mnde ni..means i'm hurt..xmintak korang igt pun..-_________-'

MIND YOUR WORDS
MIND YOUR WORDS
MIND YOUR WORDS

=P

GUIDANCE FOR MARA SCHOLARS-TO-BE

bismillahirrohmanirrohim..salam~
antara terms yang mungkin perlu dikaji..



  ****************************************************************************


A.  NATIONAL KEY RESULT AREA ( NKRA )


---> The education NKRA was established to deliver a higher level of education and better student performance.

---> focused on holistic improvements on the students intellectual,emotional,spiritual and physical aspects.

---> education director-general = Dato' Abdul Ghafar Mahmud

---> NKRAs :     (1) crime prevention
                           (2) combating corruption
                           (3) increase access to quality education
                           (4) raising the living standard of the poor
                           (5) upgrades to rural infrastructure
                           (6) improving the public transport




     **************************************************************************


B.  MARA ORGANIZATION

---> Slogan : 1Malaysia, Entrepreneurship and Global Education.

---> Vision: to be the leading trust organization and blessed to raise the dignity of nation

---> Mission : to lead in entrepreneurship, education, andinvestment for the Bumiputera equity share.

---> Objectives : (1) Developing a successful and innivative entrepreneurs
                          (2) Create a global human capital and integrity
                          (3) Contributes to the equity ownership.
                          (4) Facilities the delivery system

---> MARA Management Team : YBhg Tuan Haji Ibrahim Bin Ahmad ( Director General )



  **************************************************************************


C.  NATIONAL KEY ECONOMIC AREA ( NKEA )

(1) Oil,gas and energy
(2) Palm oil and related products
(3) Telecommunications
(4) Electrical and Electronics
(5) Agriculture
(6) Wholesale, retail and distribution
(7) Private education
(8) Healthcare and services
(9) Financial services
(10) Tourism
(11) Business services
(12) Greater Kuala Lumpur urban revitalisation


     ************************************************************************



that's all for today..
references: multiple..
sorry ye kalau de sumbing2 perkataan..ter'typo' ke..faham2 seniri je la ek..hehehe..correct me if i'm wrong..=)
kalau de nak tambah2,silakanlah ye~

Nama : NURUL AMIRAH BINTI DAUD
  No. Kad Pengenalan  : 93**********
 
Tahniah! Anda berjaya untuk menghadiri temuduga seperti berikut :


  Tarikh  : 27.4.2011 
  Masa : 11.00 PG
  Program : BIOTEKNOLOGI 
  Tempat Temuduga : Pejabat MARA Negeri Perak Tingkat 5, Bangunan Sri Kinta, Peti Surat 669, Jalan Sultan Idris Shah, 33770 Ipoh
   
PERHATIAN:


1. Sila hadir sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal bagi proses pendaftaran temuduga dengan membawa bersama sijil-sijil asal DAN satu salinan yang telah disahkan bagi perkara-perkara berikut:-

    i. Kad pengenalan
ii. Surat beranak
iii. Surat beranak ibu DAN bapa
iv. Keputusan SPM
v. Sijil-sijil ko-kurikulum yang berkaitan
vi. Cetakan panggilan temuduga 
   
  Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran di talian 03 - 2691 5111 Sambungan: 3626, 3625, 1166, 1118, 1139, 1131.
   
  Sekian, terima kasih
 

 “"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"”
““1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Pengarah
Bahagian Penganjuran Pelajaran
MARA

“Keusahawanan Dan Pendidikan Global”
(Surat ini adalah cetakan computer dan tandatangan tidak diperlukan)




pendek je post kli ni..alhamdulillah...dpt pegi temuduga..dpt ke x pnjmn,blkg kire..skrg..interview..hu?interview..ok..take a deep breath..hm..cuak..spe xcuak?huh..doakan saya dpt buat yg terbaik..amiin..tp kn..pe cter psl essay la resume ngn testimonial sume 2?xde lak dorg suh bwk kli ni..hmm..pelik2..xpe la..btw,tengs sudi bace..hi3..neves ni..
syukran..salam~

BUNTU!!!

Jika kepada dalam keadaan buntu akan keliru, kita kadangkala sukar untuk mencari jalan keluar atau penyelesaian. Hati terasa seakan-akan dihimpit tekanan dan jika tidak dikawal, ia boleh mengganggu emosi. Namun, kita punya Allah. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berdoalah........kerana dengan doa, ia boleh mengubah nasib seseorang.

DOA JIKA DIRI BUNTU

"Ya Allah, aku mengakui kepada-Mu, lemahnya kekuatan diriku, sangat terbatasnya kecerdasanku dan kehinaanku diriku atas manusia, dengan rahmat Engkau Ya Allah Tuhan Pemelihara sekalian alam.

Engkaulah Tuhan Pemelihara sekalian orang-orang daif.
Engkaulah Tuhanku, kepada siapakah Engkau menyerahkan aku, kepada orang asing yang mengusir aku atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Tetapi meskipun demikian aku redha asal saja Engkau tidak meurkai aku. Kemaafan-Mu lebih besar, dari dosaku, aku meminta dengan Nur Zatmu yang menerangi semua kegelapan, dan dengannya menjadi baik urusan dunia dan akhirat, semoga aku tidak tertimpa kemurkaan-Mu dan Azab-Mu.Pada-Mu sumber kerdhaan, sehingga Engkau redhai aku. Tidak ada daya dan kekuatan selain dengan kekuasaan Engkau."

amiin..ammiin ya Robbal 'alamin..=)
salam~

MTQSSKPM peringkat negeri pulau pinang

assalamualaikum..
br je log out facebook..mcm2 perasaan de..sedih,happy..shocked pn de jgk..naseb baek hari ni xkeluar lg semakan panggilan temuduga piln MARA bla bla bla 2..kalau x,bertambah-tmbh la sakit kpale ni..knpe?sbb cuak punye pasal..knpe cuak?there's a lot of people said..dh dpt stret a 2..sume org nk..is it true?setakat a dlm kertas doesn't mean anything..praktikal yang penting..this refers to english la..another thing is..result meletop-letop!!..tp..
kalau Allah xpndg..buat pe?kn?
Ana sgt berpegang dgn ayt ni..firman Allah Ta'ala dlm surah yasin..ayat 82..maksudnya:

"Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, 'Jadilah!' Maka jadilah sesuatu itu"

kalau Dia nak sesuatu perkara terjadi,maka akan terjadilah perkara tu..walaupun kite dah usaha sedaya upaya untuk hindar bnde 2..believe me..kalau kite betol2 pegang ayat ni..kite xkan rse kecewa..Dia tahu..kite manusia,lemah,cpt putus asa..then He grant us this noble message to please us,whenever we overwhelmed in despair..

the same thing goes to my dear golden-voice brother..dh seminggu ktorg 1family latih dy..days n nights..mcm2 insiden de..tertukar lagu,dengung xckup harakat,huruf sebut xbtol..nanges xyah ckp la..hmpir stiap hari..today..here comes the Judgement day..MTQSSKPM peringkat negeri pulau pinang..alhamdulillah..he did well..taranum..ok la..masalah kt makhraj huruf je..it's ok..de mse lg utk perbetulkan bacaan..it's never late to mend..learning is always possible..please bear in mind..=)
jam di henset menunjukkan pukul dua belas setengah tghari..perasmian penutup pun bermula..

p/s: komen ketua hakim santai je..announcement pasal the winners n their score bersemangat gile..hu3..btw,cantik sampin songket dy..=P

back to the topic..seperti yang dijangkakan..ihsan xdpt tmpt pertama..it's ok..xsangka gk dy boleh dpt tmpt kedua..pape pn,alhamdulillah..rezeki dy..xpe..nex year de lg..credits to ustaz shuhaimi yg byk mngajar dy taranum n so on..ktorg sume dgr je..xreti,tp teringin nk reti..get it?hu3

hari ni hepi..tp kuciwa sikit la bile xdpt jumpa ustaz azhar..jurulatih negeri kategori hafazan rendah 2005..ustaz sgt berjasa..syukran ustaz..finally,ktorg pn balik la umh..check2 beg,de makanan..pe lg?bce doa,makan semakan-makannya..hu3..a hepi ending kn..kot..should "kot" be there?
:D
tonight kne tido awl..tengs to blogger.com..
ngantuk dh ni..salam~

..::n.A.b.d::..

iqra' kama umirtu

BACALAH JIKA ADA MASA UTK ALLAH
Assalamualaikum saudaraku

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH.

Bacalah sehingga habis.

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.

ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat .......

Muingkin malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.....

Dan sudah pasti waktu ada kematian...

Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka......

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!

Ya aku CINTA ALLAH

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku

IA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah.

Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu....

Kirimkan kepada orang .

Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?

Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

Susah….... Senang

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?

Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?

Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem 'forward' kan email yang tak senonoh?

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.

Solat adalah yang terbaik....

Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.

Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.

Tidakkah melucukan bila seseorang berkata 'AKU BERIMAN PADA ALLAH' TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also 'believes' in ALLAH).

Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM, ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?

Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini andatidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?.

Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.

Aku berDOA, untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH.

bosan??

assalamualaikum..hye..saye lg ni..sorry la kalau bosan..(asyek2 dy ni lg..)..he3..btw,saye ni ske membaca..tapi a little bit choosy and wary of what i read..he3..bi terabor..learning english is in progress g..=P..nowadays..ramai yang mengadu..bosan..boring..xde mende nk wat kat umah..especially for SPM leaverscm saye..dah lame gak menghabiskan beras kt umah a.k.a membela bdan..ish3..terok tol..rancagan menurunkan berat badan dah bertukar jd rancangan maintainkn berat bdan..lari jauh 2 dr matlamat sebenar..hu3..pape pun entry kali ni..saya sasarkan to those who are feeling extremely bored and haven't met their real interest yet..


1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.
Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya supaya tidak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu disekeliling yang boleh anda lakukan.
---> blogging pun boleh jadi hobi jugak..=)

2. Jadi Workaholic
Orang workaholic adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila nda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa bosan, anda boleh bentuk diri anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas! Sikap workaholic tak sesuai untuk orang suddah berkawin. Jika anda seorang suami, nanti isteri anda saman anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika anda seorang isteri, nanti suami anda makan maggi setiap hari.
---> ok..tu skop yang besar...zaman mude2 cm kite ni..(yang mude je la..)..workaholic tu perlu..ingatkan diri..kerja adalah amanah..baru la kite bersungguh-sungguh nak wat sst kerja 2..so,kepada sahabat2,kawan2,geng2 yang keje 2..ingat..kerja adalah amanah..=)

3. Set Matlamat, Azam, Cita-cita dan Impian. Selepas itu Berusahalah Mencapainya!
Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. selepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas itu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan anda akan perasan anda dapat mengelak rasa bosan sebab anda sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.
---> set matlamat, AZAM(bukan azam 5nep..he3), cita-cita dan impian...set the goal and work hard on it..ramai yang cakap..nak jadi cardiologist,nak jadi dermatologist..tapi pe yang korang wat utk dpt pe yang korang nk?come on..justify urself..kalau betol2 nak,do something..and keep it up..takdenyetibe2 pengarah hospital nk panggil..eh kau nampak cam minat..nah kau jadi doktor..takdenye..kecuali dalam mimpi..where everything seems possible..so..dearest friends..bangun yuk!!

4. Rajinkan Diri Beribadah.
Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa bosan dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan anda macam tak mahu berhenti.
---> saya pun belum sampai tahap ni lagi..jom join saya tingkatkan ibadah..=)

syukran 'ala intibahikum ajmain..

fizik..=)

assalamualaikum..jam digital laptop menunjukkan pukul 2:55 AM..yea..as I told before,makan tanpa berfikir..terjebak la saya ke kancah tidur lewat..eventhough saya twu..tido lewatboleh meningkatkan risiko sakit jantung..(fakta ni..jgn memaen!!)..ok laa..muqaddimah la konon..sekarang,saya just straight forward je la ye..
HAMPIR semua orang yang mengenali saya twu..saya mmg xberapa suke fizik..(sbb sy lemah oo fizik..got a 4 spm pn dh bsyukor sgt2..)..tp..post saya kali ni berkisar mengenai sebuah eksperimen..yang dijalankan oleh anonymous di www.iluvislam.com bace la..best and relevant..cukup untuk meneguhkan pendirian wanita yang ingin bertudung labuh..

Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan


Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita:

wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah
wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat
wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.



Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan.

Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas daripada suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya “mengurung” wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki:

Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik
Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan merendah diri, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan

Daripada eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi: J = mc x tetha.

Oleh itu, hipotesis diterima.

Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam

Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu. Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan.

addu'a..silahul mukminin..=)

assalamualaikum..once again..skrg..jam menunjukkan pukul 1:43 AM..dan aku masih belum tidur..baru makan pukul 10 td..hehehe..ye la..baru balek kelas..rushing2..lapar r..and now..

------> mOod ChAngEd <-------

setiap kali saya duduk sorang2,mesti ada lagu yang akan terlintas kat kepala ni..bagi saya laa..nasyid,english song,indon band punye lagu ke..sume saya consider as lagu..senang cite..malam ni,saya terase mcm nak post satu lirik lagu..yang dah lame saya suke..actually lirik lagu ni adalah satu doa..so,sambil nyanyi,kite doa sekali..ingat formula chemistry je ke ley hafal dalam bentuk lagu?doa pun boleh...senang kan?
dah cukup meraban (bak kata cikgu zuzi..rindu cikgu zuzi!!)..jom kite hayati..xsusah pun..xpanjang pun..just spend one minute from your 24 hours..=)

Doa seorang kekasih

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala


the end...=)

course oh course...

assalamualaikum..
hari ni sy kebosanan..tbe2,kuar 1 idea utk tulis psl my future career(hopefully laa..)..atau dlm bahasa arabnye..amali..=)..he3..atamanna an akuna muhandisan au thobiban..itu dulu..walakinna..skrg ni..sy dah tetapkn cite2 yang saye betol2 nak..that is a biotechnologist,specialise in red biotechnology..amiin..
sekarang,sy nak cite la sikit pasal pe yang y nk jadi..

Biotechnology => a field of applied biology that involves the use of living organisms and bioprocessing in engineering, technology, medicine and other fields requiring bioproducts.

faham kan?in details...

Red biotechnology => the use of organisms for the improvement of medical processes. These includes the designing of organisms to manufacture pharmaceutical products like antibiotics and vaccines,the engineering of genetic cures through genomic manipulation, and its use in forensics through DNA profiling.

tu definition je..kalau korang nak twu,biotech ni sgt2 la luas..n listed as most demanding jobs in US..apatah lagi negara kite yg sedang membangun ni..credits to Farah Farisha kerana meng'introduce'kan this course to me..syukran 'ala kulli hal..that's all from me..any inquiries,please submit below..=)
salam sayang..

..::n.A.b.d::..

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum..hari ni hari pertama sy/aku/ana memulakan aktiviti memblog..actually,xtwu nk tulis pe..idea won't come out kalau kte pakse kn?thus,(cewahh)..i will introducemyself..first n foremost..i'm mira..simple n memorable name..born in kedah about eighteen years ago..and now..i'm staying in Penang,ever beloved hometown..i was a smapk-ian..jarang sgt org twu ni sekolah pe..ppl would blink their eyes triple times n ask..pe 2?ha3..typical scenario..ok..i think,that's all for this post,perhaps for today..=)..cheer up n smile always..salam sayang..

..::n.A.b.d::..